Saya begitu tertarik dengan penerangan yang diberi oleh Saudara Zaharuddin Abd. Rahman, www.zaharuddin.net mengenai isu sebatan peminum arak yang diutarakan oleh Tun Dr. Mahathir baru-baru ini. Di antara penjelasan beliau yang agak santai tetapi sangat serius dan sinis adalah seperti berikut:
"SEJAUH MANA SEBATAN INI ADIL?
Pertama
Jika ia benar-benar hudud dan termasuk dalam hak Allah swt, tidak layak manusia yang hina untuk mempersoalkan tentang keadilan, kerana Allah swt sentiasa adil walau menghumban sesorang manusia ke nerakaNya. Allah tetap adil walau Dialah yang menyesatkan sekumpulan manusia dan memberi hidayat kepada sebahagian yang lain. Kerana apa adil? Kerana piawaian adil Allah tidak sama dengan manusia yang dicipta. Keadilan Allah adalah kerana dia yang mencipta kita, dan Dia berhak untuk menentukan apa sahaja yang diinginiNya. Jika kita merasakan Allah tidak adil menyesatkan sekumpulan manusia, maka individu tersebut perlu memulangkan nyawa yang Allah berikan kepada mereka dan beredar dari galaksi ciptaan Allah s.w.t ini ke sebuah alam ciptaan sendiri."
Bagi sesiapa yang ingin membaca artikel penuh mengenai isu tersebut bolehlah melayari laman web Saudara Zaharuddin di alamat www.zaharuddin.net
Pada pendapat saya, sebagai seorang penganut Islam, tidak seharusnya kita mempertikaikan hukum sekiranya pengetahuan kita sangat cetek. Bak kata pepatah, kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga, tak gitu?
No comments:
Post a Comment